Assalammualaikum sahabat..moga semua ceria dirahmati Allah.
Sekadar bercerita..
Salina (bukan nama sebenar) terkejut. Tiba-tiba Azimah (bukan nama sebenar) beredar meninggalkan dia. Walhal mereka sedang berbual-bual. Malah sempat pula Azimah berkata, "Cukuplah, saya tidak mahu dengar." Oleh kerana berasa hairan dan tidak puas hati dengan perbuatan kawannya itu, Salina memanggilnya sambil berlari-lari anak mengejar Azimah yang semakin jauh meninggalkannya.
"Kenapa dengan awak? Awak marahkan sayakah?" tanya Salina sebaik sahaja tiba di sisi Azimah.
"Saya minta maaf. Tadi awak hendak bercerita tentang keburukan kawan kita, Rahimah (bukan nama sebenar). Awak hendak mengumpat dia, sebab itu saya tidak mahu dengar." jawab Azimah dengan jujur.
"Nasib baik awak cepat bertindak. Kalau tidak, dapat dosa kering saya tadi." kata Salina
"Bukan awak seorang, saya yang mendengar pun berdosa juga." kata Azimah.
"Kalau tidak sia-sia sahaja kita berpuasa. Dapat penat dan lapar sahaja." kata Salina lagi.
"Sudahlah tidak dapat pahala, dapat dosa pula."tambah Azimah.
****************************
Sekadar berkongsi..
As-siyam, satu istilah yang digunakan dalam bahasa Arab yang bermaksud puasa. Puasa bermaksud menahan diri daripada melakukan sesuatu perkara yang membatalkan puasa serta mempunyai tempoh masa tertentu iaitu dari terbitnya fajar sehingga tenggelamnya matahari dan disertai dengan niat.
Dalam Islam apa sahaja amalan yang dilaksanakan perlu disertakan dengan niat. Manakala maksud menahan diri pula ialah seperti menahan diri daripada makan dan minum, menahan mata daripada melihat perkara-perkara yang mendatangkan dosa, menahan telinga daripada mendengar umpatan, celaan dan kejian. Di samping menahan diri daripada mengumpat, mengeji, mencela atau menyakiti hati orang lain, berdusta, berbohong dan seumpamanya, itu semua termasuk dalam kategori menahan diri.
Makan atau minum akan membatalkan puasa. Ia jelas melanggar kaedah serta syarat-syarat sah puasa. Oleh sebab itu setiap individu yang melakukan perkara tersebut maka batal puasanya. Manakala mengumpat, mengeji, menghina, mencela dan seumpamanya akan mengurangkan dan membatalkan pahala puasa.
Puasanya sah kerana dia tidak makan dan minum pada siang hari, namun pahala puasanya kurang ataupun tiada langsung kerana dia melakukan perkara-perkara yang dilarang sewaktu dia berpuasa. Malah Al-Quran dan Rasulullah SAW mengumpamakan orang yang mengumpat seperti memakan daging saudaranya sendiri.
Ia termasuk dalam kategori yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW :"Berapa ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa manfaat dari puasanya kecuali lapar dan dahaga."
Wallahualam.
Ingat megingati sesama kita.
ReplyDeleteTimakasih kak.. ;o)
setuju..
ReplyDeletelebih baik diam dari byk berkata2..takut kata2 yg keluar itu sebenarnya menambah dosa..wallahualam..
sedihnya kalau puasa tak diterima oleh Allah, sedangkan kita berpuasa kerana Allah.
ReplyDeleteThanks...saling mgingati :)
Sedar tak sedar...lagi sebulan Insya Allah kita akan bertemu Ramadhan kan...
ReplyDeleteThanks atas perkongsian ilmu...
~salam perkenalan juga ~
sungguh berkesan entri ni kak...
ReplyDeletesemoga puasa kita tahun ni lebih baik dari tahun lepas...
kak..camne nak tolak dari takmo dengar cite2 umpatan gini tanpa menyinggung perasaan kawan..i slalu terpaksa nak jaga hati kawan, maka terpaksa senyum..kdg2 kalah jugak..huhu
ReplyDeletereen,
ReplyDeletesharing is caring
nurkass,
ReplyDeletemmg benar dik..kita nak tambah iman bukan tambah dosa kan
kak kasihredha,
ReplyDeletemmg sedih kan kak..moga kita tak termasuk dikalangan org2 yg rugi
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteInsyaAllah..rindunya pada Ramadhan
terimakasih sudi dtg
gadisBunga,
ReplyDeletedik, mmg itu yg kita smua hendakkan lebih baik dr hari ini..insyaAllah
dik maya amir,
ReplyDeletetak salah jika kita menegur kawan2 dgn cara baik..insyaAllah mereka boleh terima
rugilah puasa kita jika tidak dijaga semata kerana ingin menjaga hati kawan2 yg suka cite2 umpatan..
terima kasih atas perkongsian ini....peringatan utk diri sendiri.....Rasanya dah tak sabar utk menanti Ramadan...
ReplyDeletesalam ita,
ReplyDeletedah tak lama lagi dah nak masuk
bulan ramadhan...
tak sabar rasanya ...
masuk bulan rekrut, moga ramadan ni menjadikan kita hamba Allah yang terbaik
ReplyDelete