Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa dilindungi Allah dari segala mara bahaya..Amin
Sekadar bercerita..
"Mama..mama ustaz accident..accident!" jerit Tasha.
"Ya Allah..accident..accident..sape? sape? " tanya saya separuh sedar dalam tidur.
"Mama..bangunlah..ustaz ni..eh untie ni call." gesa Tasha.
Saya lalu bangun tapi talian talipon sudah putus "Eh! untie mana nih yang call nih? Tasha sape yang call nih? Apa cerita nih!?" tanya saya lagi.
"Mama..cuba bawa bertenang.." kata Tasha.
"Tadi untie Iza call bagitau yang ustaz Azri accident."sambung Tasha lagi
"Inna Lillahi wainna ilaihi rajiun..kat mana dia sekarang ni?" tanya saya.
"Mama..nape ni..tak tau lagi lah." tangis kecil Tasha.
"Ya Allah..nape apa pulak? tanya saya lagi dengan hairan.
"Ye lah..nape mama sebut Inna nillah.." kata tasha.
"Ok..ok sori..sori nanti mama terangkan..apapun kita kena call untie Iza nih." kata saya.
Kejadian accident semalam berlaku di Bangsar..abang ipar saya (ustaz Azri) telah dibawa dengan ambulance ke Hospital Unversiti.
Setelah diperiksa, alhamdulillah beliau kini sudah pulih..hanya luka-luka ringan di bahagian muka, kaki dan tangan. Moga cepat sembuh.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekadar berkongsi untuk diri sendiri, anak-anak dan sahabat
Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raji’un bermaksud “Dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita
kembali”.
Bukankah kita biasa sebut kalimah ini apabila kita mendengar berita tentang kematian seseorang? Jujur saya katakan, saya sendiri pun hanya menyebut kalimah ini apabila mendengar berita
kematian.
Jarang sekali kita mendengar
orang menyebut kalimah ini apabila ditimpa musibah, ataupun mendengar tentang
sesuatu musibah.
Nah! hari ini dan generasi yang akan datang mungkin berubah jika diberi sedikit ilmu tentangnya. Malah dinegara jiran, mereka yang beragama Islam di sana sudah pun mengamalkannya..(sesiapa yang telah menonton cerita siri "Ketika cinta bertasbih")
Dalam Al-quran, Allah telah
berfirman dalam surah Al-Baqarah yang
bermaksud :
Demi
sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada
musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari
harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
kepada Allah jualah kami kembali."
(155-156)
Daripada maksud ayat ini, Allah menegaskan bahawa apabila
ditimpa kesusahan (musibah), hendaklah kita menyebut Inna Lillahi Wainna Ilaihi
Raji’un.
Bermakna, bukan
sahaja apabila mendengar berita kematian, malahan apabila mendengar berita
tentang kesusahan seseorang ataupun apabila diri sendiri ditimpa musibah juga,
kita digalakkan menyebut kalimah ini.
tumpang sedih..semoga ustaz cepat sembuh ye.. minta semua ahli keluarga sabar dan tabah dengan kejadian ni..
ReplyDeletekak terima kasih atas info berguna ni, qema pun biasa sebut 'innalillah...' tu bila menerima khabar kematian..
ReplyDeleteMoga adik ipar akak (Ustaz Azri) cepat sembuh..
semoga Ustaz Azri capet sembuh...
ReplyDeleteBetul penggunaan bila ditimpa musibah amat sesuai. Kalau di Mekah mereka dah guna pun.
ReplyDeleteMoga ustaz Azri cepat sembuh
Betul tu kak. Tahniah kerana menerapkan kefahaman tentang musibah, ujian, dan posisi Allah dalam hati manusia saat kita diuji, kepada anak-anak yang masih kecil dan jiwanya suci ini.
ReplyDeleteTahniah kepada akak, dan takziah kepada abang ipar akak. Moga segera pulih. Insya-Allah.
yes sis! my dad pun selalu gunakan kalimah ni utk kejadian2 yg berupa musibah mahupun ujian. Cuma trend org melayu hanya gunakan waktu mendengar berita kematian sahaja. apa pun, semoga ustaz segere sembuh. amin...
ReplyDeletesemoga cepat sembuh
ReplyDeleteSmoga ustaz azri cpt sembuh.......
ReplyDeletesemoga ustaz azri cepat sembuh...
ReplyDelete