Assalammualaikum sahabat..moga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah daripada kejahatan dunia. Amin.
Sekadar berkongsi.
"Apa sangatlah ujian yang aku alami ini jika nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih hebat dugaannya". Itulah realiti dan sebagai motivasi untuk kekuatan diri.
Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada setiap dugaan dan ujian. Pernah satu ketika disaat ditimpa musibah, hati sentiasa rasa resah gelisah, hidup menjadi tidak tenang tanpa panduan.
Kekadang membuat sesuatu pekerjaan tidak menjadi. Fikiran sasau tidak tentu arah seperti berada di lautan dalam tanpa pertolongan.
Lalu kita terduduk, mengeluh kepada Allah, memohon agar dihilangkan dugaan, barulah kita ingat di mana Allah pada masa itu.
Adakah ini satu penyeksaan atau ujian daripada Allah? Perkara sebegini pasti bermain di dalam fikiran termasuklah diri saya sendiri.
Sebenarnya kita tidak tahu bahawa Allah amat sayang kepada kita, sebab itu Allah datangkan kepada kita dengan pelbagai ujian dan musibah, kerana Allah tahu kita adalah hamba yang mampu mnghadapi ujianNya. Sebaliknya, Allah tidak akan menguji kita jika kita hamba yang tidak mampu.
Allah berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)
Apabila kita ditimpa musibah, carilah Allah. Mengadu dan menangislah, kerana ia akan memberikan kelegaan pada jiwa.
Allah berfirman,
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali’."
(Surah Al Baqarah 2: Ayat 156)
Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam, seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita. Wallahuaalam.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Di sini saya mengambil kesempatan, mengajak sahabat-sahabat yang mengenali rakan blogger kita yang agak lama tidak bersiaran ini untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan Ati dan hubbynya agar sentiasa tabah mengharungi ujian dan dugaan dari Allah SWT.
Jom kita doakan kebaikan untuk sahabat kita..
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sembuhkanlah penyakit yang dihidapi oleh Suami kepada sahabat kami Ati sekarang ini agar dapat beribadah kepadaMu.Amin.
Terimakasih. Moga Allah perkenankan doa kita. InsyaAllah.
Sakit apa kah? Semoga segalanya dipermudahkan, dan kembali semboh...
ReplyDeletesukar utk dinyatakan tp apa yg pasti sedang dlm berubat..kita doakan ye..terimakasih
DeleteAs salam Anita,
ReplyDeleteSalam perkenalan... Berdebar-debar rasanya baca coretan ini... Berat mata yg membaca berat lagi bahu yang memikul... Tapi yakinlah ALLAH bersama kita dlm apa jua keadaan!
Alhamdulillah..dpt berkongsi dan terimakasih atas kata2 semangat ini..moga diberi kekuatan dari yang Maha Esa..Amin
Deletedalam apa juga keadaan kembali pada yg satu Allah swt
ReplyDeletemmg benar KA,hanya pada Allah SWT.. :)
DeleteBegitulah dalam hidup pasti ada ujian.
ReplyDeleteCuma ujian setiap kita tak sama.
Kakak nak lihat blog Ati lepas nie
Benar kak..kdg2 kita rasa ujian kita berat sangat tapi kita tak tahu ujian org lain mungkin lebih berat dari kita..
DeleteKakak nak tahu juga kenapa dgn suami Ati?
ReplyDeleteKakak ingatkan dia ada buat N3 tapi tak ada
Moga seagalanya dipermudahkan. Amin..
InsyaAllah Kak, sy pasti kalu semuanya beransur pulih Ati pasti kembali berblog..kita doakan ye kak :)
Deleteassalam ani..pautu lama ati senyap teringin jugak nak sms tapi takut ganggu..dah tau ni boleh la acik telefon dia bertanya khabar
ReplyDeleteAcik, itulah yang lebih baik..lebih ramai antara kita mengambilberat..insyaAllah sekurang2nya mberi semangat kepada Ati dan keluarga.. :)
DeleteInsyaAllah..moga bertambah baik dari ke semasa..
ReplyDeletesalam sahabatku ita,
ReplyDeleteterima kasih di atas nukilan yg sangat bermakna ini.
sudah berkali2 masuk dan baca tapi asyik sayu je bila baca
cuma kali ini baru dpt ucapkan terima kasih tak terhingga.
sangat2 touching entry ini...love u ita!
salam sahabatku ita,
ReplyDeleteterima kasih di atas nukilan yg sangat bermakna ini.
sudah berkali2 masuk dan baca tapi asyik sayu je bila baca
cuma kali ini baru dpt ucapkan terima kasih tak terhingga.
sangat2 touching entry ini...love u ita!