Assalammualaikum,
Sekadar bercerita,
Semalam anak kedua saya Natalieya ada kem solat di sekolahnya. Petang baru habis..seperti biasa saya akan bertanya anak-anak saya apa yang mereka pelajari di sekolah. Ada satu cerita yang membuatkan saya ketawa, geli pun ada.
Cerita Teli (nama panggilan Natalieya) " Mama nak tahu tak, masa tu saya tengah sembahyang jemaah kat dalam dewan sekolah, tiba-tiba ada seekor lipan ma, merayap je macam nak datang kat saya. Saya dah bercakap lah dalam hati, kalaulah lipan tu datang dekat, saya mesti lari".
"Habis tu Teli lari ke?"tanya saya. "Eh tak lah, nasib baiklah lipan tu pergi tempat lain..hehe."jawab Teli. "Jadi, Teli teruskan solat ke?"tanya saya lagi. "Ye lah." jawab Teli ringkas.
Ketawa dan geli hatilah saya dengan cerita Teli tu tapi ada satu persoalan yang terdetik untuk saya kongsikan bersama Teli dan sahabat sekalian.
Adakah Teli dikira sudah berniat keluar dari solat? Bagaimana dengan solat Teli itu?
Hem..solat Teli sudah terbatal kerana ada niat yang sebegitu. Ini kerana dalam solat kita perlu memberikan komitmen serta tumpuan yang sepenuhnya dan tidak boleh kita berniat atau qasadkan kepada perkara-perkara lain.
"Habis tu macam mana ni mama? lainkali saya terus berhenti dan cari tempat lain ye mama?"
Saya dah pun menjawab persoalan Teli.. jika sahabat ingin jawab, sudilah komen dan beri pandangan. Saya amat menghargainya. Terimakasih.