Assalammualaikum..
Kisah malam tadi,
Pulang dari rumah mak..sampai malam di Batang Kali..singgah pekan nak beli barang-barang keperluan untuk esok..dah habis membeli barangan dapur..kami ternampak ada jualan murah di depan Petronas..setiap satu hanya RM 1.00 saja.
Saya dan anak-anak teruja jadi saya pujuk hubby untuk singgah sekejap..nak juga tengok apa yang murah sangat itu. Sedang kami membelek barangan tiba-tiba ada bunyi riuh rendah orang tengah bertekak..bila saya lihat ada seorang lelaki dewasa telah melempang seorang lelaki remaja.
Pada mulanya saya ingat ini pertengkaran antara bapa dan anak, jadi saya pun malaslah nak tengok tapi pada masa yang sama nak juga tahu apa puncanya sehingga budak itu di lempang depan orang ramai.
Saya cari hubby saya yang ketika itu dah tak ada dibelakang saya..rupa-rupanya dia yang dulu pergi melihat insiden itu..hemm memang lumrah manusia mesti nak ambil tahu nak pulak hal-hal yang seperti itu.
Saya terus mendapatkan hubby dan tanya apa yang sebenarnya berlaku..hubby beritahu lelaki dewasa itu sebenarnya tuanpunya kedai tersebut dan budak remaja itu dilempangnya kerana mencuri.
Saya ini sebenarnya tak boleh tengok budak dikasari..bukan apa kesiannnn..tapi kebanyakan orang ramai yang melihat insiden itu seolah seperti setuju je dengan cara tuanpunya itu termasuklah my hubby..
Bukan apa jika dibandingkan dengan kesalahannya mencuri barangan yang hanya berharga RM1.00 tu tak berbaloi rasanya dia dilempang. Mungkin dengan cara beri nasihat ke dulu atau bawa jumpa mak dan bapa dia ke..entahlah mungkin saya tak rasa situasi kena curi kot sebab tu saya tak tahu..
Saya pun tak naklah cakap lebih-lebih tapi tetap tak berpuas hati budak itu dilempang..sedapnya lempang anak orang..itulah keluhan hati saya, saya percaya Rasulullah pun guna cara lembut dalam menangani hal-hal seperti ini.
Apa kata sahabat-sahabat sekalian tentang hal ini?? Patutkah dia dilempang??
Tak setuju juga kak. Banyak lagi cara yang kita boleh buat selain dari mengasari .
ReplyDeleteSalam alaik.
ReplyDeletex patut. x patut.
tapi mungkin akan ada yg kata, memg la sedikit nanti kalau tak ajar begitu makin dia buat.
tapi bagi saya, melempang, memukul hanya buat dia makin memberontak, dia dimalukan di depan khalayak ramai.
nasihat secara baik, kalau paling teruk pun bawa jumpa mak ayah.
mencuri memang salah, tapi untuk mengajarnya bukan begitu. It just only RM1.
mungkin org tu marah sangat..sampai lupa diri sekejab yee..Allahu akbar..
ReplyDeletepatut :) hehe. okey. saya lelaki. dan saya rasa patut, selagi mana ia tidak memudaratkan dan menjatuhkan aib. Oh.. dalam kes ini, mmg tak patut lah sbb ia dilakukan di tempat awam. Tapi pantun melayu, 'siakap senohong, gelama ikan duri... bercakap bohong, lama-lama mencuri'
ReplyDeleteJika budak kecil tu tak diubah sekarang, maka dia akan membesar dengan jiwa pencuri.. bahayass
gunakanlah cara yg lembut tapi meninggalkan bekas di hati....iyu lebih baik... bagi saya la...
ReplyDeletewaktu marah, memang itu tindakan refleks ..
ReplyDeletereen,
ReplyDeleteitulah yg akak fikirkan..byk lgi cara lain
izzati..
ReplyDeleteye lah kalau budak jenis cepat insaf tk pe jugakkan..mana tau pulak ada budak yg lagi berdendam pulakkan..
k.sal,
ReplyDeletetu lah tak semua org sempurnakan..ada jenis yg kesabarannya kurang kan..
dik iqbal,
ReplyDeleteboleh geng dgn hubby akaklah..pantun tu akak suka
ibu hidayahamin,
ReplyDeletemungkin kita ni berjiwa lembut kan..
saya pun kesian kalau tgk budak dikasari..
ReplyDeletexpatut lempang didepan orang ramai..
bagi la nasihat, budak2 kadang2 xfikir apa yang dilakukan..
emmm..
ReplyDeletezaman sekarang ni susah nak bg kompromi..
kass rasa ada betul jugak tokei tu buat..
at least budak tu takut nak buat lagi..
mmgla rasa kesian tapi kena fikir dr sudut lain pulak..budak2 sekarang ni akalnya lebih dr org tua..kecik2 dah mencuri dah besar nanti jd apa pula..sedangkan ms zaman nabi dulu hukumannya kena potong tangan bg yg mencuri..erkk..panjang pulak komen..hehe..
Susah nak cakap, kita tidak berada dalam situasi orang lelaki tu.
ReplyDeleteqemaishak,
ReplyDeletekesian3
hambaNYA dan Kunang-Kunang,
ReplyDeleteye lah org tengah marah macam2 pun depa bole buatkan..
nurkass,
ReplyDeletekomen pjg pun tak apa..akak alu-alukan
hemm..hukum hudud ye..budak2 kena jugak ke??
akak kena kaji ni..hehe
bukan nye sekali jer budak tu buat keje tu ... org kedai pon ckp dah berkali ... sekali dia dtg .. dia buat ... lepas... dtg lagi .. buat lagi ... lepas... lepas tu kantoi .... apa perlu kita buat ???
ReplyDelete