Sekadar berkongsi
Dua hari yang lepas saya tak berapa sihat..jadi tak berkesempatan hendak menulis sesuatu di blog ini..alhamdulillah hari ini saya kembali sembuh. Syukur pada Allah setiap penyakit itu penghapus dosa.
Okaylah bukan cerita sakit yang saya hendak kongsikan tapi cerita lain.
Semalam hujan turun dengan lebatnya di tambah dengan dentuman guruh kilat dari langit. Teringat pada arwah bapa saya, arwah akan melaungkan azan jika situasi seperti itu berlaku dan kesannya Subhanallah..hujan yang lebat dan guruh kilat beransur perlahan dan kadang-kadang terus berhenti. Hemm betapa hebatnya laungan azan. Mungkin kisah azan ini kita boleh kupas lagi di lain waktu.
Sambung semula kisah hujan lebat semalam..hampir waktu maghrib baru berhenti. Saya dan anak-anak sudah bersiap-sedia untuk solat jemaah maghrib tiba-tiba bekalan elektrik terputus..hemm bergelaplah kita buat seketika..saya ke dapur untuk mendapatkan lilin dan terus menyalakannya. Si kecilku Neliez mulalah nak nyanyi lagu "happy birthday" lah pulak..hehe.
Ini Sikecilku Neliez..dia pun nak solat jugak. |
Bersolatlah kami di dalam suasana yang gelap. Setelah selesai solat dan selesai berdoa, anak ketigaku Nyssa bertanya "Mama, tak apa ke kita sembahyang kat dalam gelap?". Saya dengan ringkas menjawab " tak apa". Dia masih tak berpuas hati agaknya dengan jawapan saya " Kenapa?".
Kali ini hubby yang jawabkan "Bila gelap kan sunyi..lagi khusyuklah kita sembahyang". "Oooo" Nyssa baru berpuas hati. Saya tersenyum gembira bila anak-anak sudah mengerti.
Untuk renungan bersama:-
Boleh solat di tempat gelap dan tiada larangan. Malah kita digalakkan bangun malam agar bertahajud, berzikir dan beristighfar di dua pertiga malam dalam keadaan sunyi sepi kerana waktu tersebut lebih syahdu, khusyuk dan bacaan Al-Quran pada waktu tersebut disaksikan oleh para malaikat.
klu solat dlm gelap terasa lebih aman dan fokus..
ReplyDeletecomel neliez...nampak candle terus teringat happy bday ye..? hihi~
ReplyDeletesebenarnya masa kecik dulu gb sangat suka situasi gelap2 time hujan dan guruh berdentum...ada suatu perasaan yg tak dapat ditafsirkan masa tu. :)
k sal,
ReplyDeletemmg aman damai..
gb,
ReplyDeletelagu happy birthday tu mmg favourite dia..kalu npk candle apalagi..
akak pulak time2 camtu perut rasa lapo nk minum kopi dgn cekodok..hemmm besttt
Assalamualaikum nita,
ReplyDeleteKadang2 bila tiba-tiba tak ada elektrik . masa tulah cari lilin atau lampu picit tak jumpa.
Waalaikummussalam Kak,
ReplyDeleteteringat sy kat umah mak selalu jd macam tu..kalu cari lilin tak jumpa..at last guna lampu gaselin..haha
hehe. nyanyi lagu hepi besday? hihi :)
ReplyDeleteBtw kak, sebenarnya exam tu postponed lagi. Next month. 7/5 ni. Tapi terima kasih atas doa kak. Patutlah rasa semnagat nak study~ haha
rasa lebih dekat...
ReplyDeletebetul tu..
ReplyDeletekalau gelap lagi khusyuk..
sayu je hati..
demam ke ita..
ReplyDeletekita ni pula sakit perut dah 3 hari
nak duduk lama pun tak leh
iucd dlm perut ni mmg nak kena
di keluarkan lah....geram betul
dik iqbal,
ReplyDeletesemangat nk study ye bguslah..tak pe 7/5 nti insyaAllah akak doa lagi..lps ni terus pass..hihi
cemomoi,
ReplyDeletebila dekat rasa lebih ???
nurkass,
ReplyDeleteterharu akak dgn perkataan sayu tu..terimakasih dik
Ati sahabatku,
ReplyDeletedemam sikit..Ya Allah sakit perut dah 3 hari baik gi check..kita doakan ati supaya cepat sembuh ye..kalu iucd tu penyebabnye x pyhlah spn dlm perut lagi ek..
Anita, terima kasih singgah.
ReplyDeleteSelagi jawapan kita tak memuaskan hati anak-anak , selagi itu lah akan ditanya lagi.
sama2 azrina,
ReplyDeletebetul3..sabar aje kan..