Sekadar bercerita..
Kekadang saya tidak nafikan apabila kita mendapat sesuatu yang baru..kita amat menghargainya lebih-lebih lagi sesuatu yang memang kita suka. Tapi tak bermakna kita tinggalkan yang lama cuma bila ada yang baru ia memberi semangat untuk kita mewarnai semula yang lama bersama yang baru. Nah barulah dikatakan hidup harus diteruskan.
Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan hari ini bukanlah sesuatu yang berat atau serius sangat cuma saya terasa penting juga kerana kekadang perkara yang dianggap remeh ini bila diberi perhatian boleh memberi kesan yang mendalam.
Oklah saya tak mahulah melalut lebih-lebih lagi sebenarnya lihatlah gambar dibawah ini..
Pernah tak tonton rancangan "Deko bersama Eric"?? Ha inilah dia..
Sebelum
Selepas
Ada perbezaan tak? Ini sebenarnya salah satu sudut bacaan anak-anak saya..tapi bukanlah Eric yang datang untuk mencantikkannya..tapi anak-anak saya. Ini namanya "semangat mengemas".
Nak tahu kenapa mereka ni rajin sangat nak mengemas petang-petang macam ini..pertama sebab hujan tengah lebat kat luar jadi tak bolehlah main basikal .
Tapi yang paling penting sebab keduanya ialah nak susun buku-buku baru yang baru dibeli di pesta buku PWTC semalam. Ha nampak semuanya bersebabkan..
Inilah sebahagian dari buku-buku yang dibeli di pesta buku semalam yang memberi inspirasi untuk anak-anak saya untuk mencantikkan sudut ini.
Apa-apapun sebabnya yang best almari tu tak lah bersepah lagi macam selalu..tapi tak tahu pulaklah sampai bila ia boleh bertahan..yang penting mereka seronok bergotong-royong bersama kan.
banyaknya beli buku.
ReplyDeleteRugi rasanya tak pergi.
kak kasih,
ReplyDeletemasih banyak masa lagi sampai 1 Mei ni kalau tak silap..
dah sama macam kat pesta buku tu...
ReplyDeletehuh kitorang masih dengan konsep gobok buku
cemomoi,
ReplyDeletehaha..nasib tak de jual gobok buku..kalu tak lg sama cam kat pesta buku tu..hehe
hmm bagus la tu...ada semangat nak belajar dan membaca bila dah kemas macam gitu kan? byk buku...dak perempuan memang suka membaca kan? yana dulu smpai nyorok bawah katil baca buku cerita dr buku belajar..hehe :)
ReplyDeletewah... banyaknya beli buku... semoga mereka menjadi anak yang rajin dalam menimba ilmu dunia & akhirat...
ReplyDeletememang bagus amalan gotong mengemas dan semangat membaca..kedua2 perlu dipupuk dijiwa anak2..
ReplyDeletemoga mereka dapat menghayati dan melakukan amalan tersebut
Wah, semangat pesta buku masih membara.
ReplyDeleteooooo...
ReplyDeletepatut macam kat rak kedai buku saje...hehe
ntah bila lah...kita nk gi sana
org duk dlm hutan kan...hehe
yana,
ReplyDeletenampak ke baca buku bawah katil tu..hehe
ibuhidayamin,
ReplyDeleteAmin. InsyaAllah.
k sal,
ReplyDeletemereka ni mmg pandai bergotong menyepahkan dan mengemaskan..tak pe kan..asal tak memudaratkan..hehe
Kunang-Kunang,
ReplyDeletekak, semangat depa ni sampai tanya bila nak pergi lagi..hai cam ni keringlah poket..
Ati,
ReplyDeletekita pun dok dlm hutan gak..sekali setahun je..best bwk anak2 gi tgk buku..bkn buku belajar je nti depa jemu pulak..buku cerita,majalah pun ada..yg best tu harga paling murah RM 0.50sen aje..time ni lah borong
heheh..mcm anak2 saya jugak kak..bile dpt buku baru, sume bersemangat kemas buku cantik2..bile dah 2-3 minggu, adehh sepah balik..hehe
ReplyDeletedik maya amir,
ReplyDeletetak pe dik yg penting anak2 kita suka baca buku kan..