Pagi Jumaat ini ingin saya kongsikan pada sahabat-sahabat sekalian dengan salah satu artikel daripada Bayyinat yang begitu menyentuh perasaan saya. Terima kasih adik Iqbal atas perkongsian ini.
Wahai Penulis
Wahai diri yang megah dengan tulisan,
Untuk apakah tari jemarimu?
Untuk siapakah kalam mu?
Untuk siapakah bicara mu?
Wahai diri yang gagah dengan karya,
Ke mana hala kiblat mu?
Ke mana pula destinasi kasih mu?
Ke mana juga maruah dan kebanggaan mu?
Saat dirimu ditanya Tuhan mu,
Untuk apakah tulisan mu?
Wahai diri yang tegak bersama bait nada cinta bersulam izzah,
Tanyalah dirimu.
Apa yang kamu cari dalam penulisanmu?
Populariti kah?
Pujian kah?
Ah! Segalanya fana!
Segalanya tidak membawa kamu kepada Tuhan,
dan segalanya membawa kamu ke makam neraka.
Wahai diri yang mencoret dengan ihsan Ilahi,
Letakkan tanganmu di dada,
Hamparkan jemarimu yang laju di medan pena,
lalu tanyalah pada hatimu,
Adakah ini perjuangan kamu?
Adakah ini layaknya untuk membeli syurga?
Adakah ini menjadi perisaimu menapis bahang siksa neraka?
Layakkah kamu?
Wahai penulis,
Bulatkan niat mu.
Kentalkan azam mu.
Tegakkan pegangan mu.
Dirimu berjuang dengan pena pedang sisipan al-hikmah.
Dirimu berlindung dengan perisai ketulusan.
Dirimu berperang dengan nafsu kehitaman.
Dan akhir,
Dirimu berjuang di bawah pemimpin yang sama,
Muhammada S.A.W
Wahai penulis,
Carilah izzah mu,
Jadilah kamu Hassan Bin Tsabit di alam baru,
Yang kerna kalamnya, musuh binasa,
Yang kerana penanya, musuh terpesona,
Juga jihad buat pemilik diri nya,
Dan layaklah untuk si hamba dikasihi Tuan yang mulia.
********
Sedang mencari kekuatan yang lebih,
Sedang menggali sumber kekuatan yang baharu.
Sedang mencari sumur penjernihan yang hakiki.
Segalanya daripada Allah...
Dan untuk Allah jua..
Moga Allah ampunkan saya.
**********
Untuk itu marilah sama-sama kita renung dan berfikir sejenak "Untuk apakah tulisan kita"?.
kadang2 ada juga share pasal muhasabah diri kalau tk pd org pd diri sendiri...kdg2 cerita pasal anak2 utk tatapan mereka nanti...nk glemer tu tak apalah...tgok niat orang
ReplyDeletePerkongsian yang menarik..
ReplyDeletesama2 muhasabah diri.
terima kasih kak kerana kongsikan. Sungguh, ia peringatan buat saya kerana saya menulis utk saya...yang utamanya...
ReplyDeletesaya pulak menulis sama sekali bukan untuk bermegah-megah, sekadar nak berkongsi.
ReplyDeleteye ye... kekadang bila saploh kali baca seblom publish, datang le setan meniupkan rasa riak, takabbur dan ujub atas usaha kita tu
ReplyDeleteamboi bestnya entry..
ReplyDeletecam warning jee..
terima kasih krn ingat mengingatkan
maya mayana,
ReplyDeletebetul terpulang pd niat masing2..
qema,
ReplyDeletesharing is caring..
iqbal,
ReplyDeleteperingatan utk akak juga..terimakasih
gadisBunga,
ReplyDeleterumah berdiri megah takpe..
cemomoi,
ReplyDeletesetan senantiasa akan menganggu manusia..nak pulak atas usaha kita ke arah kebaikan
k sal,
ReplyDeletebukan warning tp peringatan..ehh bukan sama ke..hehe
indah.... memang suka tulisan iqbal....
ReplyDeleteingatan yang sangat mendalam maksudnya tu
ReplyDelete